Membentukan Identiti Bangsa Malaysia Melalui Reka Bentuk semula Sistem Pilihan Raya

Posted on October 27, 2019

0


Terdapat ada perbincangan tentang apa maksudnya Bangsa Malaysia dan saya ingin menambah ke dalam perbincangan ini dari sudut demokrasi dan bentuk reformasi political dan pilihan raya yang kita perlukan untuk membentuk identity Bangsa Malaysia. Saya harus akui bahawa tidak ada penyelesaian yang mudah dan cepat bagi cabaran ini. Namun saya percaya dengan kefahaman yang baik terhadap demokrasi dan sistem pilihan raya dapat membantu kita bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara.

Saya ingin menyebut satu perkara penting dalam demokrasi yang akan mengejutkan sesetengah daripada kalian – Percanggahan pendapat dan perbezaan bahkan adalah lumrah dalam demokrasi dan ini adalah tanda bahawa kita mempunyai demokrasi yang sihat.

Dalam demokrasi, perbezaan bukan sahaja tidak dapat dielakkan malah satu keperluan supaya kumpulan yang berlainan dapat memantau kumpulan yang lain, dan memberi ruang kepada masyarakat untuk mencari keseimbangan antara idea yang berlawanan – kiri-kanan, pembangunan-alam sekitar dan konservatisme-liberalisme. Ini, dalam pandangan saya, kebanyakan negara barat telah mendewasa dengan masyarakat yang secara relatifnya stabil.

Demokrasi yang sihat adalah demokrasi di mana semua percanggahan dapat diuruskan secara social dan politik, tanpa mengoyakkan sesebuah negara dan mengakibatkan kekacauan serta keganasan.

Demokrasi memberi ruang perwakilan kepada semua perbezaan dan perkumpulan dalam masyarakat, supaya kita dapat hidup bersama secara harmoni dan saling hormat-menghormati. Namun sama ada perwakilan yang adil bagi masyarakat majmuk kita sangat bergantung kepada bentuk sistem pilihan raya yang dipakai untuk memilih pemimpin politik kita. Seorang ahli sains politik pernah menyebut, “Sistem pilihan raya yang bagus dapat memberikan sekilas pandangan daripada Syurgawi, namun sistem yang buruk dapat menjadi jalan pintas anda ke Neraka.”
Sekiranya kita mendapati wacana politik semasa sangat toksik dan senget kepada politik identiti, mungkinkah ini terjadi disebabkan bagaimana sistem pilihan raya kita direka bentuk? Paul Hutchcroft, seorang pakar dalam sistem pilihan raya menyebut, ‘Sistem pilihan raya membantu untuk membentuk insentif, dan insentif membantu untuk membentuk sikap’.
Dalam kata lain, adakah ahli politik kita menggunakan agama dan kaum untuk memancing undi kerana sistem pilihan raya kita memberikan insentif kepada kita untuk berkelakuan demikian? Saya tidak boleh menyalahkan ahli politik yang menggunakan agama dan kaum untuk mendapatkan kuasa, sebagaimana saya tidak boleh menyalahkan harimau membaham kambing saya jika saya meletakkannya di dalam kandang kambing.
Di bawah sistem FPTP kita di mana calon yang mempunyai jumlah undi tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang walaupun tidak semestinya mendapat majoriti mutlak, hal ini akan mencipta beberapa masalah. Pertamanya adalah fenomena “pembaziran undi” di mana calon atau gabungan yang menang tidak semestinya mendapat lebih daripada 50% undi popular.
Semasa PRU14, 42.5% undi daripada semua kerusi parlimen dianggap sebagai membazir di dalam sistem menang dapat semua kalah dapat arang ini. Ini mencipta ketidakpuasan hati dan penolakan dalam kalangan pengundi yang undi mereka “dibazirkan” dan mewujudkan perasaan bahawa kerajaan yang dipilih tidak mempunyai keabsahan, terutamanya apabila undi popular kerajaan kurang daripada 50%.
Keduanya, persepsi “undi belah bahagi”. Disebabkan Melayu dan Bumiputera yang lain adalah 69% daripada populasi dan dengan kesan pembahagian tidak sekata serta gerrymander yang memberi kelebihan kepada kawasan pedalaman di mana komuniti ini tinggal, banyak kerusi parlimen adalah kerusi Melayu/Bumi atau campuran dengan kurang 15% majoriti Cina.
Masalahnya bukanlah kurangnya perwakilan pengundi Melayu-Muslim tetapi persepsi bahawa pengundi ini dipecahkan kepada lima parti Melayu atau parti majoriti Melayu. Adalah lebih mudah untuk percaya kata seranah bahawa Melayu sedang kehilangan kuasa apabila gabungan kerajaan dibentuk oleh parti berbilang bangsa manakala gabungan lain adalah didominasi oleh Melayu dan kini berkawan dengan parti Islam pula.
Dengan sistem FPTP, menang dapat semua dan gabungan pra-pilihan raya, insentif bagi ahli politik yang ingin mendapat kuasa adalah dengan menyebarkan ketakutan dan umpan-perkauman.
Seandainya kita ingin mengekalkan keharmonian kaum dan membentuk identiti Bangsa Malaysia yang jelas bahawa Malaysia adalah inklusif untuk semua bangsa, agama dan wilayah, kita perlu mulakan dengan sistem pilihan raya yang memberikan perwakilan yang lebih baik kepada pengundi agar perasaan undi mereka “dibazirkan” dapat diredakan.
Sistem perwakilan berkadaran di mana kerusi Parlimen ditentukan berdasarkan peratusan undi yang parti politik dapat akan memberikan perwakilan yang lebih adil kepada semua parti dan memberikan peluang kepada golongan wanita serta kelompok minoriti untuk diwakili melalui senarai parti.
Parti politik kemudiannya akan membentuk gabungan pasca pilihan raya dalam proses untuk membentuk kerajaan. Sekiranya parti-parti tahu bahawa mereka perlu bergantung kepada parti yang lain untuk membentuk kerajaan untuk memerintah, mereka akan lebih cenderung untuk mengambil sikap yang lebih lunak terhadap satu sama lain dan bergerak ke hadapan dengan posisi yang lebih centrist.
Sebarang perbincangan berkenaan identiti Malaysia wajib memasukkan Sabah dan Sarawak serta semua rakyat dalam negara ini tanpa mengira etnik dan kepercayaan. Untuk mengecualikan sebahagian warganegara dalam pembentukan identiti Bangsa Malaysia adalah sama seperti menolak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Kita perlu mempertimbangkan perekayasaan sistem pilihan raya kita agar ahli politik akan mempunyai kemahuan untuk bertanding antara satu sama lain bukan berdasarkan agama dan bangsa tetapi isu yang lebih utama kepada kita seperti penghapusan kemiskinan, kos saradiri, pekerjaan, ekonomi, pendidikan, keadilan dan reformasi institusi.
Sekarang adalah masa bagi kita untuk mempertimbangkan pembaharuan berani dan struktur yang akan membantu kita menjadi Bangsa Malaysia dan menyediakan anak-anak dan negara kita untuk menghadapi pelbagai cabaran abad ke-21.